Logo Maker IconTutorial ini dibuat khas untuk anda yang baru saja menggunakan Online Logo Maker dan ingin menghasilkan logo yang bagus untuk jenama anda tanpa perlu berbelanja lebih serta tidak membazir masa. Ini adalah aplikasi kami yang terbaru, telah diperbaharui dan kami sangat teruja untuk tunjukkan beberapa ciri baru kepada anda!

Logo Maker view

1. Add Text: Gunakan butang ini untuk menambah teks, samada untuk jenama mahupun slogan anda. Kami memiliki pelbagai jenis fon untuk anda pilih, terdiri daripada pelbagai warna dan gaya. Sudah bersedia? Mari kita teruskan ke langkah kedua.

Add Text

2. Add Symbol: Klik di sini dan anda akan dapati ribuan templat logo, yang telah diasingkan kepada puluhan kategori. Anda boleh gunakan sebanyak mana simbol yang diinginkan di dalam logo anda. Ramai pengguna mendapat hasil yang menakjubkan dengan mencampurkan imej daripada pelbagai kategori beserta idea asal.

Add Symbol

Selepas memilih simbol, anda boleh menambah, mengurangkan, menyalin, memutar dan termasuklah mengubahsuai warna. Semuanya untuk memenuhi keperluan kreatif anda.

Actions with Symbol

3. Upload Image: Anda juga mempunyai pilihan untuk memuat naik imej dari komputer ke dalam projek. Ini sangat berguna sekiranya anda tidak menemui simbol terbaik yang diingini daripada Pangkalan Data Simbol kami. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh mengubahsuai warna imej yang telah dimuat naik.

Upload Image

TIPS

Perhatikan tips berikut: Jika anda ingin menghantar Teks ke bahagian hadapan Simbol atau sebaliknya, fungsi ini sangat membantu membuat apa yang anda mahukan. Anda boleh menghantar sebarang Simbol, Teks atau Muat Naik Imej ke bahagian hadapan atau belakang dengan menggunakannya.

Forward or backwards

Anda boleh mengubah warna latar belakang projek dengan mengklik butang BG COLOR pada menu bahagian atas. Apabila memuat turun logo, secara piawaiannya, anda akan mendapatkan latar belakang telus (sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa perisian yang memaparkan latar belakang telus dengan warna hitam). Hanya pengguna Premium saja yang boleh mendapatkan latar belakang berwarna bagi logo mereka.

BG COLOR

Fungsi lain yang terdapat pada menu bahagian atas ialah pilihan GRID. Jika anda memerlukan bantuan untuk menyelaraskan dan mendimensikan objek dengan sempurna, anda akan dapati ia adalah aset bantuan yang sangat berguna.

GRID

Setelah menyelesaikan projek anda ia adalah satu langkah yang bijak untuk menyimpannya. Walaupun ia hanyalah ciri pilihan, pastinya ada keperluan untuk anda melakukan penyuntingan di kemudian hari. Untuk menyimpan projek anda, langkah pertama ialah log masuk atau mendaftar untuk akaun percuma, jika anda masih tidak mempunyai akaun. Kemudian klik butang Simpan di menu bahagian atas sebelah kanan. Projek-projek yang anda simpan boleh didapati di halaman Akaun Saya.

Save

Mulakan Logo Maker